Selama 14 minggu mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa banyak benda yang saya pelajari dan banyak pengalaman terindah bersama kawan-kawan. Kursus ini sangat menarik yang diajar oleh Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim..Artis daripada UPM.. Prof saya ini cantik sangat yang penting kena patuhi masa. Prof saya selalu sebut #redha...Saya sangat redha dengan tugasan yang diberikan oleh prof...walaupun banyak tapi enjoy dengan kawan-kawan dan ahli kumpulan saya iaitu Drose Production...Banyak yang telah saya belajar iaitu teknik fotografi, membuat pelbagai jenis video dan kalender. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza dan Cik Akmal yang mencurahkan ilmu keapada saya dan kawan-kawan..
Seterusya, Drose Production mempunyai ahli sebanyak 11 orang. Semuanya berbakat masing-masing. Alhamdulillah bersyukur sangat mempunyai ahli yang saling membantu antara satu sama lain. Saling bekerjasama patuhi arahan prof datang awal. Menyanyi dan berlakon pelbagai watak semua sangat berbakat inshaa Allah mana tahu nanti boleh jadi pelakon dan penyanyi terkenal di Malaysia. Terima kasih pengarah kumpulan dan pengarah-pengarah video masing-masing menyumbangkan idea yang bernas dan kita dapat lakukan video dengan terbaik.
Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan adalah berlakon dan menyanyi bersama-sama kumpulan saya. Watak yang saya pernah lakonkan iaitu menjadi perempuan yang didera saya sanggup ditolak terjatuh beberapa kali, menyanyi lagu hutang yang liriknya panjang nak hafal sampai sekarang masih ingat lagu tu kalau dengar mesti gelak sorang-sorang, watak jadi perempuan cacat yang kena bengkokkan kaki, kena pakai tudung senget di taman permainan yang ramai orang, watak jadi emak yang meratapi anaknya meninggal dan video fokus yang saya kena jadi pengarah...best jugak jadi pengarah.. semuanya kenangan yang saya tidak dapat lupakan apabila meninggalkan UPM untuk semester terakhir ini. Sedih sangat nak meninggalkan kawan-kawan yang bersama-sama dengan kita 3 tahun lebih susah senang sama-sama. Inilah kehidupan kenangan akan selalu dikenang sampai bila-bila sampai semua dapat cucu..i love you prof..i love uolsss drose production..terima kasih atas semua kenangan terindah..
No comments:
Post a Comment