RINGKASAN BERKAITAN BLOG
Menurut Normaliza Abd Rahim, (2014) blog merupakan
satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak
formal. Ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari
dan juga boleh digunakan untuk perniagaan dalam mempromosikan dan
memperiklankan produk.
Beberapa
pengkaji telah melakukan kajian tentang blog. Antara pengkaji ialah Wang &
Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan
peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat,menyiar dan berkongsi idea,
maklum balas, belajar dari orang lain dan bertanggungjawab terhadap penulisan
dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.
Seterusnya, Nowson (2006) menyatakan blog merupakan laman web yang dikemas kini
mengikut susunan kronologi manakala
bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Selain itu, terdapat
beberapa kelebihan penggunaan blog kepada individu. Salah satu kelebihan
penggunaan blog ialah dapat membentuk keyakinan diri. Menurut Nadzirah Abu
Bakar et al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan
diri seseorang. Di samping itu, menurut
McLead (2001) telah menyatakan bahawa blog membantu pelajar atau individual
menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan
tidak kebiasaan , bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu
perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. Nadzirah Abu
Bakar (2009) menyatakan kegunaan blog untuk meningkatkan kemahiran menulis di dalam konteks pembelajaran bahasa kedua.
Oleh itu, penggunaan blog oleh pelajar banyak memberi manfaat dan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan malah dapat meningkatkan kemahiran menulis
seseorang individu.
Dalam
konteks ini, terdapat beberapa cara menulis blog dengan baik. Menurut Normaliza
Abd Rahim (2014) menyenaraikan beberapa cara menulis blog dengan baik. Salah
satu cara menulis blog dengan baik ialah setiap blog haruslah mempunyai tajuk
yang menarik agar dapat menarik perhatian pembaca. Cerita yang menarik juga
diperlukan bagi menarik pembaca. Selain itu,
blog boleh dimasukkan ayat yang
humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menark. Setiap blog
hendaklah memastikan terdapat hujah yang
terbaik untuk menghuraikan penulisan.
Blog juga hendaklah dikaitkan dengan berita yang terkini. Blog juga
hendaklah menggunakan perkataan dan
struktur ayat yang ringkas dan dapat dibaca dan difahamai oleh pembaca. Sebagai
penulis kita hendaklah dapat berkomunikasi dengan pembaca dan memasukkan moral
dan nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, bagi penulisan untuk
pendidikan kita haruslah mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menyampaikan ilmu
kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment