Minggu ke-6 kami dikehendaki memuat naik gambar dalam instagram masing-masing dengan caption yang menarik...dua gambar dimuatkan naik mengikut caption yang diberikan oleh Prof #Minggu6InstagramSatu dan #Minggu6InstagramDua..yang penting kedua-dua gambar dapat like daripada prof yeayy....
Saturday, December 14, 2019
Tugasan Ulasan Buku Ehh!!! Media Sosial
Minggu ini diberikan tugasan untuk membuat ulasan buku Eh!!! Media Sosial...Daripada bab 1 hingga akhir....350 patah perkataan kena tulis dalam facebook...lenguh jari menaik.. yang paling stress time tiba-tiba hilang apa yang ditulis terpaksa kena taip balikkk....nak nangis time tu...tapi akhirnya siap pada waktu pukul 2 yang ditetapkan oleh cik Akmal....kami juga dikehendaki memuatnaik gambar yang unik bersama buku itu...boleh tengok dibwah unik tak gambar aku atas kerusi pusing-pusing....
Tugasan facebook ulasan buku
Seterusnya tugasan facebook ulasan buku Eh!!! Sosial Media kami dikehendaki membuat ulasan kesemua bab dalam buku ini...kami dikehendaki membuat ringkasan setiap bab dan sertakan harga buku sekali dalam caption...350 patah perkataan yang telah saya buat dan rasanya lebih daripada 350 patah perkataan cik Akmal like maknanya cukupla jumlah perkataan...
Tugasan facebook Taksonomi
Tugasan dalam facebook adalah membuat ulasan sebanyak 350 patah perkataan mengulaskan bab 5 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi...kami dikehendaki membuat ulasan bab 5 untuk dimuatkan dalam facebook...
Friday, December 13, 2019
Tugasan facebook Kata-Kata Motivasi
Dalam tugasan facebook minggu ini kami dikehendaki membuat kata-kata motivasi sendiri hak cipta sendiri dan memberikan maksud kata motivasi dalam buku Eh!! Media Sosial...jadi kata motivasi saya ialah " Untuk berjaya dalam kehidupan, lakukan dengan ikhlas dan redha, kita pasti peroleh ketenangan'
Tugasan facebook Pantun
Seterusnya, cik Akmal memberikan tugasan dalam facebook.. kami dikehendaki untuk membuat pantun rekaan sendiri dan membalas pantun kawan-kawan...seramai lima orang hendaklah dibalas dipantun yang kita reka sendiri....so cukuplah 6 orang yang balas pantun saya dan selesai keja saya...yeayyyy...
Tugasan facebook ulasan buku
Pada kelas Amali minggu ke 8 kami ditugaskan untuk membuat tugasan dalam buku Boom!! atau Eh!! Media Sosial...Tugasan minggu ini adalah menceritakan pengalaman terindah...banyak pengalaman terindah dalam hidup aku adalah bersama dengan keluarga tercinta...boleh baca dalam gambar ya....
Tugasan facebook
Minggu ini kami diberi tugasan untuk membuka akaun facebook...nak cerita pasal facebook ni dulu aku ada facebook friends dalam 3 ribu lebih ramai weh cikgu2 sekolah kawan2 lama...yang paling aku sedih aku kena hack dengan orang vietnam sedih sangat....hmmm terpaksa la buat facebook baru sampai sekarang dah takut nak letak gambar sorang-sorang...so guys lain kali lepas guna facebook logout tau jangan jadi macam aku tak logout facebook orang boleh hack sekali dengan email hang.. nasib email aku yang tu tak penting sangat.....so inilah facebook baru saya....
Tugasan Twitter Pendekatan Wacana
Berdasarkan buku Kajian Wacana dan Strategi Kmounikasi Teori dan Aplikasi....kami ditugaskan untuk membuat tweet di twitter masing-masing dengan menceritakan Teori dan Pendekatan Wacana dan ambil gambar bersama buku...
Tugasan Twitter Ulasan buku Eh!! Media Sosial
Assalammualaikum kawan-kawan kembali semula dengan tugasan-tugasan.... Minggu ini kami dikehendaki membuat ulasan dalam buku Eh!!! Media Sosial...Terdapat beberapa bab dalam buku ini yang sangat menarik sekali yang menceritakan tentang media sosial terkini....beberapa bebenang yang saya telah lakukan dalam twitter saya...
Tugasan Twitter
Tugasan seterusnya ialah berdasarkan buku Boom! ....Saya dikehendaki untuk metweet yang memberi manfaat...saya memilih tajuk tips untuk berjaya dalam perniagaan...alhamdulilah keluarga saya memang suka berniaga dan saya pon minat juga berniaga...so saya sediakan beberapa tips untuk berjaya dalam perniagaan yang selalu saya amalkan...
Tugasan Twitter tweetberita terkini dan retweet
Dalam twitter pada minggu ini kami dikehendaki membuat tweet tentang berita semasa berdasarkan buku Boom! With Social Media dan lima retweet.....
Gambar dibawah merupakan tweet berita semasa
Gambar dibawah merupakan retweet
Gambar dibawah merupakan tugasan yang perlu ditulis dalam buku Boom!
Tugasan Twitter cerita sosial jiran
Pada minggu lepas kami diberikan tugasan menceritakan tentang cerita sosial yang bertajuk hati... Minggu ini pula berdasarkan buku Kajian Wcana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Sambungan daripada cerita Alim harini cerita jiran Alim pulaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)



