Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur Athirah Binti Mohamad Azahari. Saya merupakan anak sulung dari dua adik beradik. Berumur 23 tahun. Mohamad Azahari dan Noor Hafiza merupakan ibu bapa yang merupakan jantung hati saya. Tempat kelahiran saya di Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan ayah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Pasti di Pendang Kedah. Seterusnya melanjutkan pembelajaran di Sekolah Rendah Pendang. Menginjak ke alam sekolah Menengah saya melanjutkan Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan Sekolah Menengah Tunku Temenggung sehingga ke tingkatan enam. Kemudian alhamdulillah diberi peluang untuk melanjutkan pembelajaran hingga ke menara gading iaitu universiti impian saya Universiti Putra Malaysia dengan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Di sini, saya banyak memperoleh pengalaman dan mempelajari kehidupan yang penuh cabaran. Semester ini merupakan semester terakhir saya di UPM. Saya sangat teruja mempelajari subjek Multimedia Dalam Bahasa dibawah seliaan oleh Prof yang terhebat iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Saya berharap subjek ini akan berguna untuk saya apabila melangkah di alam pekerjaan nanti.
Akhir kata, semoga athirah dipermudahkan segala urusan dan Insyaa Allah dapat bergraduat dengan Ijazah kelas pertama. aminn..
No comments:
Post a Comment