Assalammualaikum dan selamat petang kepada semua....
Harini saya ingin berkongsi kepada kalian berkenaan keluarga kecil saya. Saya merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Ayah saya sudah meninggal pada usia saya 4 tahun lagi. Ibu adalah tulang belakang kami dari dahulu sehingga sekarang. Selama 19 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya mempunyai seorang adik perempuan.
Pada masa dahulu ayah bekerja sebagai seorang tentera dan tinggal di Kem Sungai Ara dan ayah meninggal kerana kemalangan jalan raya. Arwah ayah saya disahkan oleh doktor bahawa tempurung kepala ayah pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Selepas kematian ayah, ibu, saya dan adik pulang ke kampung halaman disebelah ibu saya di Pendang Kedah. Ibu saya bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah. Apabila ibu pergi bekerja saya dan adik akan dijaga oleh datuk dan nenek pada masa itu. Alhamdulillah saya bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang tabah membesarkan kami sehingga setia kepada ayah sehingga ke hari ini. Saya juga mempunyai keluarga besar sebelah ibu dan ayah. Mereka banyak membantu memberi sokongan dan bantuan dalam pembelajaran. Oleh itu, saya dan adik membuktikan dengan memberi kejayaan yang terbaik sehingga kami melanjutkan ke menara gading, Itulah hadiah yang terindah saya dan adik buat ibu yang selama ini mebesarkan kami.
Noor Hafiza Omar seorang wanita yang tabah dan tidak pernah berputus asa membesarkan kami sehingga dapat melanjutkan pelajaran di UUM dan UPM. Seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah membanting tulang. Ibu merupakan lilin yang sentiasa menerangi kami. Buat ibu..kakak sayang ibu dan kakak akan buktikan yang kakak akan bahagiakan ibu dan buat ibu bangga selalu...
Mohamad Azahari Ibrahim jantung hati saya...semoga Ayah tenang di sana. Walaupun ayah hanya sempat memberi kasih sayang buat kami adik beradik pada zaman kami kecil lagi tetapi ayah tetap menjadi hero buat kami sehingga ke harini. Hanya gambar pengubat rindu kami. Kepada rakan sekalian sama-sama kita mensedekahkan Al-fatihah buat ayah saya.
Alhamdulilah syukur kepada Illahi, saya sangat bahagia kerana mempunyai insan-insan sekeliling yang amat menyayangi saya sehingga ke harini. Semoga insan-insan ini menjadi tunjang untuk saya berjaya dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu...
No comments:
Post a Comment