Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Close-up adalah teknik fotografi yang banyak digunakan untuk memotret manusia, gambar yang diambil iaitu dari hujung kepala hingga bahu. Foto close-up ini diambil bertujuan untuk lebih memfokuskan objek yang menjadi sasaran. Gambar-gambar di atas merupakan model-model dari kumpulan kai yang mempunyai wajah yang cantik. Bentuk muka yang runcing dan sedap mata memandang model-model close-up ini. Pada hari pengambaran, seorang model menawarkan dirinya untuk baring di jalan raya bagi menghasilkan gambar yang menarik dan kami mementingkan keselamatan, tidak ada kenderaan pada waktu tersebut dan rakan kami kelihatan gembira pada ketika itu.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Close up (bukan manusia)
Seterusnya gambar close-up bukan manusia iaitu gambar haiwan dan tumbuh-tumbuhan di ambil oleh kumpulan kami. Pada hari pengambaran saya dan ahli kumpulan berjalan bersama-sama sambil bersembang. Dalam perjalanan kami itu, ternampak bunga yang cantik walaupun saiznya agak kecil tapi sangat menarik perhatian saya. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk membuat pengambaran pada waktu pagi dan saya terlihat embun yang cantik di atas daun. Apabila saya melihat gambar embun itu, kelihatan segar dan menenangkan hati saya. Seterusnya gambar ikan yang unik juga dipilih kerana sangat cantik dan rasa geram pulak nak makan.
No comments:
Post a Comment