Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL
Terdapat 8 bab dalam buku Eh!!! Media Sosial. Media Sosial; gambaran keseluruhan merupakan bab 1. Dalam bab ini menerangkan maksud media sosial, rangkaian sosial dan jenis-jenis multimedia. Terdapat juga etika dalam media sosial (Normaliza Abd Rahim, 2014) iaitu pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan bahasa, sensitiviti agama, sensitiviti politik, perkataan atau kata-kata kesat dan ancaman.  Seterusnya dalam bab 2 buku ini pula menerangkan twitter dan trend terkini. Terdapat kajian tentang twitter oleh pengkaji Dunlap & Lowenthall (2009) menyatakan bahawa twitter telah memberi impak besar dalam meningkatkan kehadiran sosial. Oleh itu, penggunaan sosial dapat menambahkan kenalan mereka dengan menggunakan aplikasi twitter dalam talian. Dalam bab ini juga terdapat kajian tentang penggunaan twitter dan hasil perbincangan. Selain itu, facebook masih digunakan merupakan bab 3 dalam buku ini. Dalam bab ini menerangkan maksud facebook dan kajian tentang facebook. Menurut Boyd & Ellison menyatakan facebook ialah satu laman web popular yang membenarkan pengguna berinteraksi dan berkolaborasi dala satu masyarakat di alam maya. Facebook banyak digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat tidak kira umur.
Dalam konteks ini, bab 4 dalam buku ini menerangkan instagram  menyeronokkan. Terdapat kajian-kajian tentang instagram yang diterangkan di dalam buku ini. Kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) menyatakan majoriti pengguna rangkaian sosial lebih gemar menggunakan Instagram bagi tujuan komunikasi. Dalam bab ini juga diterangkan cara-cara untuk membuat akaun instagram. Manakala bab seterusnya menerangkan e-mel masih popular pada masa kini. Dalam bab ini menerangkan maksud e-mel, mengapa menggunakan e-mel dan terdapat juga kajian-kajian dan hasil perbicangan tentang e-mel. Dalam bab ini juga menerangkan bagaimana cara untuk membuat e-mel menggunakan gmail. Terdapat juga langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk membuat e-mel menggunakan gmail. Di samping itu, terdapat bab 6 dalam buku ini yang menerangkan blog di dalam kelas bahasa. Terdapat kajian tentang blog dan hasil perbincangan tentang blog dalam buku ini. Terdapat juga cara untuk membuat blog di dalam blogspot. Blog ialah satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog digunakan sebagai medium untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat tentang peribadi, kesihatan dan sebagainya. Bab 7 Pula menyatakan isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Terdapat beberapa isu, teori dan literatur dalam bab ini. Bab yang terakhir dalam bab ini ialah bab 8 yang menerangkan implikasi pedagogi. Terdapat juga peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran dan penilaian dan kaedah penilaian dalam bab ini. Implikasi dalam buku ialah dapat memberi maklumat tentang media sosial kepada pengguna. Selain itu, buku ini banyak memberi maklumat tentang cara untuk membuat akaun media sosial. Buku ini juga dapat membantu penyelidik untuk mengkaji tentang media sosial.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) EH!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Harga : Rm60

No comments:

Post a Comment