Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

ULASAN

Terdapat beberapa bab yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Buku ini terdapat 7 bab yang mengadungi teori serta diaplikasikan dalam bentuk penyelidikan. Salah satu bab iaitu bab 1, berdasarkan bab 1 menerangkan  pengenalan tentang wacana iaitu definisi dan konsep wacana. Wacana merupakan bahasa dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan daripada seseorang individu atau berkumpulan. Manakala bagi bab 2 pula ialah bab 2 menerangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat beberapa teori yang dikemukan oleh pengkaji-pengkaji antaranya ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) yang menyatakan bahawa wacana boleh dianalisis melalui kajian teks, tulisan,ujaran dan interaksi. Terdapat pendekatan wacana yang dibincangkan iaitu analisis awacana dan wacana kritis. 

Selain itu, bab 3 dalam buku ini pula menganalisis tiga kajian wacana yang berkaitan dengan wacana tekstual lirik lagu, wacana ujaran kanak-kanak dan wacana tekstual cerita sosial. Terdapat beberapa cerita yang menarik antaranya ialah cerita sosial nenek dan datuk, saya yang istimewa, keluarga saya, hati dan cerita sosial bertajuk jiran. Disamping itu, terdapat bab 4 di dalam buku ini yang mengandungi pengenalan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi ialah strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran dan dalam sesuatu situasi. Selinker (1972) beranggapan bahawa strategi komunikasi sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain. Seterusnya, bab 5 yang terdapat dalam buku ini menyatakan beberapa taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Salah seorang pengkaji iaitu Tarone (1977) menyatakan bahawa terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi iaitu pengelakan, prafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Terdapat juga pengkaji yang menjelaskan taksonomi strategi komunikasi iaitu Dornyei & Scott (1977). Terdapat juga pendekatan strategi komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Dalam konteks ini, bab 6 pula menerangkan kajian strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat analisis kajian yang mempuyai sampel kajian, keputusan dan perbincangan, rumusan, implikasi dan cadanga. Bab yang terakhir dalam buku ini ialah bab 7 yang mengandungi cadangan kajian mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Terdapat cadangan kajian yang akan datang dalam bab ini. Implikasi dalam buku ini adalah dapat memberi pengetahuan kepada umum tentang kajian wacana dan strategi komunikasi. Buku ini juga sangat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat untuk mengetahui tentang kajian wacana dan strategi komunikasi. Buku ini juga dapat membantu penyelidik untuk mengkaji tentang kajian wacana dan strategi komunikasi.

Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi : Kuala Terengganu: Penerbit UMT

Harga Buku  : RM20

No comments:

Post a Comment