Monday, October 7, 2019

BBM3410:Satu2019 : Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


RINGKASAN BERKAITAN BLOG
Menurut  Normaliza Abd Rahim, (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.
Beberapa pengkaji telah melakukan kajian tentang blog. Antara pengkaji ialah Wang & Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat,menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, belajar dari orang lain dan bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan. Seterusnya, Nowson (2006) menyatakan blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi  manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Selain itu, terdapat beberapa kelebihan penggunaan blog kepada individu. Salah satu kelebihan penggunaan blog ialah dapat membentuk keyakinan diri. Menurut Nadzirah Abu Bakar et al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan diri  seseorang. Di samping itu, menurut McLead (2001) telah menyatakan bahawa blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan , bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. Nadzirah Abu Bakar (2009) menyatakan kegunaan blog untuk meningkatkan kemahiran menulis  di dalam konteks pembelajaran bahasa kedua. Oleh itu, penggunaan blog oleh pelajar banyak memberi manfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan malah dapat meningkatkan kemahiran menulis seseorang individu.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa cara menulis blog dengan baik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan beberapa cara menulis blog dengan baik. Salah satu cara menulis blog dengan baik ialah setiap blog haruslah mempunyai tajuk yang menarik agar dapat menarik perhatian pembaca. Cerita yang menarik juga diperlukan bagi menarik pembaca. Selain itu,  blog boleh dimasukkan  ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menark. Setiap blog hendaklah memastikan  terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan.  Blog juga hendaklah dikaitkan dengan berita yang terkini. Blog juga hendaklah  menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dan dapat dibaca dan difahamai oleh pembaca. Sebagai penulis kita hendaklah dapat berkomunikasi dengan pembaca dan memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, bagi penulisan untuk pendidikan kita haruslah mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menyampaikan ilmu kepada pembaca.


Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : Bird's Eye View ( D' Rose Production )

Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Bird's Eye View
Pengambilan gambar yang dilakukan di atas di ketinggian tertentu sehingga memperlihatkan benda-benda atau objek yang berada di bawah kelihatan kecil. Sebenarnya saya seorang yang tidak boleh berada di tempat yang tinggi. Saya sangat takut tetapi teknik ini sangat menarik bagi saya kerana kita dapat melihat objek-objek yang kecil yang berada dibawah. Saya dan ahli kumpulan bersemangat menggunakan teknik asas fotografi ini kerana dapat memperoleh pengalaman baru. Walaupun agak takut sedikit tetapi saya sangat berpuas hati dapat mengambil gambar menggunakan teknik ini dan merasakan saya seekor burung yang sedang terbang di awan biru.                








BBM3410Satu2019: Over The Shoulder ( D' Rose Production)

Gambar 1 

Gambar 2

Gambar 3
Over The Shoulder
Sebenarnya dalam banyak teknik asas fotografi saya sangat berminat dengan teknik over the shoulder. Bagi saya teknik ini sangat unik dan menarik. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui teknik ini sehingga saya belajar di kelas Multimedia dalam Bahasa. Sangat menarik sekali teknik ini mungkin selepas ini saya akan kerap menggunakan teknik ini untuk mengambil gambar yang cantik. Semasa melakukan pengambaran untuk gambar di atas saya sangat seronok walaupun cuaca panas tetapi masih tersenyum dan bagi gambar 3, saya terpaksa duduk di atas lantai yang mempunyai batu. Sakit la juga lutut saya untuk memberi semua wajah-wajah rakan-rakan terakam di dalam foto. Tidak mengapa saya sangat gembira dan teruja sangat dapat mempelajari asas teknik fotografi ini. 










BBM3410Satu2019: Mug Shot ( D' Rose Production )

Gambar 1: Gembira

Gambar 2 : Marah

Gambar 3 : Sedih
Mug shot ( 3 manusia -tiga emosi yang berbeza)
Dengan posisi mug shot ini, semua bahagian wajah model akan terakam dalam gambar. Tiga emosi yang berbeza berdasarkan gambar di atas iaitu gambar 1 merupakan emosi yang menunjukkan gembira, gambar 2 merupakan emosi yang menunjukkan dalam keadaan marah dan terakhir gambar 3 menunjukkan reaksi yang sedih. Bukan mudah untuk merakam gambar reaksi rakan-rakan saya tetapi  percubaan demi percubaan untuk mengambil gambar dan akhirnya model-model ini dipilih sebagai tugasan ini. Semangat berpasukan ditonjolkan bersama dan menjadi mudah bagi menyelesaikan tugasan. 









BBM3410Satu2019: Medium Shot ( D' Rose Production )


Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3
Medium shot (3 manusia)
Sebelum menjalankan pengambaran kami semua ahli kumpulan berbincang dan memilih warna merah, pink dan hijau bagi lambang bunga ros iaitu nama kumpulan kami D'Rose Production. Pada gambar 1, pakaian yang seragam berwarna merah menaikkan lagi keceriaan di gambar ini. Manakala bagi gambar 2, belon yang kami bawa yang dibeli di kedai Eco banyak telah pecah kerana panas. Maklum la kedai Eco kan belonnya agak nipis dan kerap kali meletop. Seterusnya, bagi gambar 3 ini, saya bersama rakan berada di sebalik pokok lalang. Ditempat ini sangat mencabar bagi saya, selesai sudah pengambaran terus gatal-gatal di badan. Haha.


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Medium shot (pemandangan dan manusia)
Saya dan ahli kumpulan juga mengambil gambar manusia bersama latarbelakang pemandangan yang cantik, menarik dan kelihatan tenang. Walaupun berpanas tapi kesungguhan yang ditunjukkan antara ahli kumpulan sangat baik sekali. Semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli kumpulan memudahkan kami menjalankan tugasan yang diberikan.

BBM3410Satu2019 : Long Shot ( D' Rose Production )

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3
 Long Shot (pemandangan)
Long shot merupakan teknik pengambilan gambar di kawasan yang luas dan latarbelakang juga diambil kira. Bagi gambar pemandangan yang diambil haruslah mematuhi teknik asas fotografi. Long shot diambil pada waktu pagi supaya hanya objek pemandangan sahaja dapat diambil kerana selalunya pada waktu ini masih tidak ramai yang menggunakan laluan jalan raya di Bukit Ekspo.




Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Long Shot (pemandangan dan manusia)
Pada gambar 1 saya dan ahli kumpulan berjalan-jalan sambil bersembang, pada masa ini kami sudah selesai menjalankan tugasan yang diberikan. Kelihatan matahari semakin memancarkan cahayanya. Walaupun berpeluh berjalan kaki dan menaiki bukit kami tetap gembira dan bersemangat. Payung wajib dibawa oleh saya supaya menjaga muka setelah mekap cantik-cantik dan risau mekap cair. hehehe.

BBM3410Satu2019 : Close-Up ( D' Rose Production )








Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


  Close-up (manusia)
Close-up adalah teknik fotografi yang banyak digunakan untuk memotret manusia, gambar yang diambil iaitu dari hujung kepala hingga bahu. Foto close-up ini diambil bertujuan untuk lebih memfokuskan objek yang menjadi sasaran. Gambar-gambar di atas merupakan model-model dari kumpulan kai yang mempunyai wajah yang cantik. Bentuk muka yang runcing dan sedap mata memandang model-model close-up ini. Pada hari pengambaran, seorang model menawarkan dirinya untuk baring di jalan raya bagi menghasilkan gambar yang menarik dan kami mementingkan keselamatan, tidak ada kenderaan pada waktu tersebut dan rakan kami  kelihatan gembira pada ketika itu.




Gambar 1


Gambar 2
Gambar 3

Close up (bukan manusia)
Seterusnya gambar close-up bukan manusia iaitu gambar haiwan dan tumbuh-tumbuhan di ambil oleh kumpulan kami. Pada hari pengambaran saya dan ahli kumpulan berjalan bersama-sama sambil bersembang. Dalam perjalanan kami itu, ternampak bunga yang cantik walaupun saiznya agak kecil tapi sangat menarik perhatian saya. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk membuat pengambaran pada waktu pagi dan saya terlihat embun yang cantik di atas daun. Apabila saya melihat gambar embun itu, kelihatan segar dan menenangkan hati saya. Seterusnya gambar ikan yang unik juga dipilih kerana sangat cantik dan rasa geram pulak nak makan.