Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Assalammualaikum dan selamat petang kepada semua....

Harini saya ingin berkongsi kepada kalian berkenaan keluarga kecil saya. Saya merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Ayah saya sudah meninggal pada usia saya 4 tahun lagi. Ibu adalah tulang belakang kami dari dahulu sehingga sekarang. Selama 19 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya mempunyai seorang adik perempuan.

Pada masa dahulu ayah bekerja sebagai seorang tentera dan tinggal di Kem Sungai Ara dan ayah meninggal kerana kemalangan jalan raya. Arwah ayah  saya disahkan oleh doktor bahawa tempurung kepala ayah pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Selepas kematian ayah, ibu, saya dan adik pulang ke kampung halaman disebelah ibu saya di Pendang Kedah. Ibu saya bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah. Apabila ibu pergi bekerja saya dan adik akan dijaga oleh datuk dan nenek pada masa itu. Alhamdulillah saya bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang tabah membesarkan kami sehingga setia kepada ayah sehingga ke hari ini. Saya juga mempunyai keluarga besar sebelah ibu dan ayah. Mereka banyak membantu memberi sokongan dan bantuan dalam pembelajaran. Oleh itu, saya dan adik membuktikan dengan memberi kejayaan yang terbaik sehingga kami melanjutkan ke menara gading, Itulah hadiah yang terindah saya dan adik buat ibu yang selama ini mebesarkan kami.

Noor Hafiza Omar seorang wanita yang tabah dan tidak pernah berputus asa membesarkan kami sehingga dapat melanjutkan pelajaran di UUM dan UPM. Seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah membanting tulang. Ibu merupakan lilin yang sentiasa menerangi kami. Buat ibu..kakak sayang ibu dan kakak akan buktikan yang kakak akan bahagiakan ibu dan buat ibu bangga selalu...

Mohamad Azahari Ibrahim jantung hati saya...semoga Ayah tenang di sana. Walaupun ayah hanya sempat memberi kasih sayang buat kami adik beradik pada zaman kami kecil lagi tetapi ayah tetap menjadi hero buat kami sehingga ke harini. Hanya gambar pengubat rindu kami. Kepada rakan sekalian sama-sama kita mensedekahkan Al-fatihah buat ayah saya.

Alhamdulilah syukur kepada Illahi, saya sangat bahagia kerana mempunyai insan-insan sekeliling yang amat menyayangi saya sehingga ke harini. Semoga insan-insan ini menjadi tunjang untuk saya berjaya dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu...

BBM3419Satu2019 : TIP MUDAH BELAJAR


Assalammualaikum selamat bertemu kembali... semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah selalu... harini saya ingin berkongsi tips belajar dengan mudah. Setiap orang mengiimpikan kejayaan dalam kehidupannya. Salah satu tips yang saya ingin kongsi bersama kalian adalah kita hendaklah belajar mengikut waktu yang sesuai. Waktu yang sesuai memainkan peranan oleh seseorang untuk mengingati apa yang dipelajari. Jadual haruslah di atur dengan baik. Selain itu, untuk berjaya kita hendaklah mengulangkaji sekerap yang mungkin dan belajar secara berkumpulan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Seterusnya, kita hendaklah kerap membuat latihan selepas pembelajaran. Kita juga hendaklah membuat persediaan awal contohnya membaca dahulu sebelum guru mengajar dan menjadikan nota-nota pembelajaran dengan menarik. Akhir sekali, kita hendaklah berbuat baik dan menghormati guru atau pensyarah yang mengajar. Semoga bermanfaat........

Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalammualaikum kawan-kawan...semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu...

Harini tirah ingin menceritakan kisah hidup tirah yang tidak dapat dilupakan selama 23 tahun bernafas di muka bumi ini. Pada umur tirah 6 tahun, tirah disahkan menghidapi penyakit ''bell's palsy" iaitu penyakit yang menbabitkan kerosakan saraf pada muka dan melumpuhkan sebelah otot muka. Apabila pergi ke sekolah tirah selalu diejek oleh rakan-rakan dan digelar "muka herot". Tulang belakang yang selalu memberi kata semangat buat tirah adalah permaisuri hati tirah iaitu ibu. Ibu tidak pernah putus berdoa dan membawa tirah membuat rawatan di hospital akhirnya penyakit itu sudah diubati dan tirah sembuh sepenuhnya walaupun masih ada kesan sehingga ke harini. Selain itu, pada umur 19 tahun, tirah disahkan sebagai pesakit demam denggi berdarah dan terpaksa di masukkan ke hospital. Setiap hari tirah terpaksa berulang alik untuk mengambil darah. Alhamdulillah syukur atas doa daripada keluarga dan rakan-rakan tirah sembuh dengan sebaiknya. Syukur Ilalhi...SubhanaAllah...Alhamdulilah.


Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Setiap tajuk yang ditulis di dalam blog hendaklah menarik perhatian membaca di berdasarkan  golongan umur. Tajuk yang kreatif dan menarik dapat menarik perhatian golongan kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Kanak-kanak juga tertarik untuk membaca sekiranya tajuk itu bersesuaian dengan golongan mereka.

2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
Penceritaan yang dituliskan di dalam blog hendaklah menarik agar dapat menarik hati pembaca untuk membaca blog yang ditulis. Jalan penceritan yang menarik juga hendaklah mengikut golongan umur supaya dapat menarik perhatian mereka untuk membaca.

3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
Penulis hendaklah memasukan ayat yang berunsur humor dan berbentuk jenaka di dalam penceritaan blog supaya lebih menarik. Ayat yang humor dan berbentuk jenaka haruslah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan dan politik yang boleh memecahkan masyarakat

4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Di dalam penulisan blog setiap penulis hendaklah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan di dalam blog. Hujah-hujah yang terbaik ini dapat menarik minat pembaca untuk membaca penceritaan penulis di dalam blog.

5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Penulis blog yang terbaik dan jalan penecritaan di dalam blog yang menarik, penulis hendaklah mengaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Penulis hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan dan sentiasa peka dengan isu-isu semasa supaya pembaca berminat untuk membaca di blog anda.

6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulis hendaklah menggunakan struktur ayat yang ringkas dan padat dalam penulisan blog supaya pembaca mudah memahami apa yang ditulis dan disampaikan. Perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga dapat memudahkan pembaca untuk meneliti dan memahami penceritaan penulis dan seterusnya menarik minat pembaca untuk membaca blog anda.

7) Dapat dibaca dan difahami
Cara menulis blog yang baik ialah pembaca dapat dibaca dan difahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Setiap penceritaan yang tulis hendaklah dapat dibaca dengan jelas berdasarkan penggunaan perkataan dan bahasa yang digunakan. Penulisan blog juga hendaklah menggunakan perkataan yang jelas supaya mudah difahami oleh pembaca.

8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca
Penulis yang menulis blog yang baik dapat berkomunikasi dengan pembaca. Segala maklumat yang telah disampaikan dengan jelas dapat berkomunikasi dengan pembaca dan mendapat maklum balas dengan pembaca

9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
Moral dan nilai estetika dalam penulisan diperlukan supaya dapat menarik minat pembaca untuk membaca penulisan anda di laman blog. Moral dan nilai estetika ini perlu supaya dapat menarik pelbagai golongan untuk membaca.

10) Berilmu untuk penulisan pendidikan
Berilmu sangat penting sebagai penulis blog. Ilmu untuk penulisan pendidikan dapat menarik minat pembaca untuk membaca di laman blog anda

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Tajuk : Nenek dan Datuk
Penulis Buku : Prof. Dr Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu

Cerita ini mengisahkan Alim merupakan kanak-kanak yang istimewa. Alim mempunyai dua datuk dan dua nenek yang tinggal di Kajang dan Melaka. Setelah sampai di rumah datuk dan nenek di Kajang, Alim keliru dan menangis kerana ayam dan itik tiada di kampung. Nenek memujuk Alim memberitahu bahawa datuk telah membuat reban ayam yang baru. Nenek juga memujuk Alim dan menceritakan keadaan di rumah nenek. Hal ini menyebabkan, suasana kampung yang berlainan susah untuk Alim menyesuaikan keadaan yang baru.

Jenis multimedia dan cara penyebarannya

1) Rangkaian Sosial
Rangkaian sosial seperti facebook dapat berhubung dengan pengguna di seluruh dunia

2) Rangkaian Perkongsian Media
Rangkaian Perkongsian melalui media instagram  untuk berkongsi foto, video dan media lain

3) Bloging dan Rangkaian Penerbitan
Rangkaian Penerbitan untuk menerbitkan bahan dalam talian

4) Perbincangan Forum
Forum bertujuan untuk berkongsi berita dan idea

Monday, September 16, 2019

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia



Tajuk : Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk Mereka


BBM3410Satu2019: DIRI







Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur Athirah Binti Mohamad Azahari. Saya merupakan anak sulung dari dua adik beradik. Berumur 23 tahun. Mohamad Azahari dan Noor Hafiza merupakan ibu bapa yang merupakan jantung hati saya. Tempat kelahiran saya di Alor Setar, Kedah Darul Aman. 
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan ayah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Pasti di Pendang Kedah. Seterusnya melanjutkan pembelajaran di Sekolah Rendah Pendang. Menginjak ke alam sekolah Menengah saya melanjutkan Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan Sekolah Menengah Tunku Temenggung sehingga ke tingkatan enam. Kemudian alhamdulillah diberi peluang untuk melanjutkan pembelajaran hingga ke menara gading iaitu universiti impian saya Universiti Putra Malaysia dengan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Di sini, saya banyak memperoleh pengalaman dan mempelajari kehidupan yang penuh cabaran. Semester ini merupakan semester terakhir saya di UPM. Saya sangat teruja mempelajari subjek Multimedia Dalam Bahasa dibawah seliaan oleh Prof yang terhebat iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Saya berharap subjek ini akan berguna untuk saya apabila melangkah di alam pekerjaan nanti. 

Akhir kata, semoga athirah dipermudahkan segala urusan dan Insyaa Allah dapat bergraduat dengan Ijazah kelas pertama. aminn..